ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 1st sem ; sebak
Friday, June 01, 2012 • 9:37 PM
Assalamualaikum, okay kali ni aku nak bercerita mengenai Minggu Orientasi dekat Kolej Matrikulasi Kedah yah. Sebelum tu, entry ini amat menitik beratkan segala emosi di mana aku mengalami first experience sebagai budak yang tinggal di asrama yang jauh dari ibu bapa. Aku bangun pukul 5 pagi pada hari Ahad, 27 Mei 2012 untuk bertolak ke matriks yang terletak jauh nun di bumi Changlun. Then, dalam perjalanan, kami singgah di perhentian Gurun untuk mengisi perut yang lapar. Terima kasih kepada Pak Cik Fendi yang jadi tukang driver. Ayah aku tak pandai sangat bab-bab nak pergi jauh ni. 

Sampai saja dekat sana, memang terkejut la, terlalu banyak kereta-kereta yang menyerbu pintu pagar matriks. Ramai jugak yang jadi tukang beri arahan kepada pemandu, termasuklah bekas pelajar matriks tersebut yang dipanggil sebagai facilitator. Diaorang ni memang garang dan tegas. 

Aku sampai dan menyusup masuk ke dalam barisan yang panjang bagaikan ular sawa yang berbelit tu. Dengan muka selamba aku menegur seorang perempuan yang berada di depan aku. Oh, rupanya dia orang Kelantan. Uniknya bahasa depa, hehehe. Kesibukan yang melanda pejabat pendaftaran memang amat dirasai. Dengan pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat dan borang aku yang berterabur memang memeningkan kepala. Selesai saja pendaftaran, aku dapat bilik yang bakal aku duduki iaitu B2 T2 B14, dalam erti kata lain, Bangunan 2, Tingkat 2, Bilik 14. Lepas tu aku sekeluarga tawaf pulak keliling bangunan tu. Tawaf sambil bawak bantal busuk and tak peduli langsung apa orang nak kata. You know what? Hari pendaftaran tu ramai ja student yang bawak bear besar bagai. So aku bukanlah alien kat situ, HAHAHA. Dengan bantuan pensyarah, aku dan sekeluarga berjaya menemui bilik aku. Lepas ja letak semua barang, aku ngan famili pi hadiri taklimat pendaftaran. Habis ja taklimat, aku jumpa ngan family aku and kitaorang makan nasi dagang. Lepas semuanya kenyang, parents aku dan Pak Cik Fendi bersedia untuk balik rumah. Diaorang naik kereta and mula gerak. Aku hanya melambaikan tangan dari jauh. 

Subbahanallah, sebak dalam dada memang amat terasa, namun setitik air mata pun aku tak tumpahkan depan parents aku. Aku melemparkan senyuman aku sehingga detik akhir - sehingga kereta ayah aku hilang daripada pandangan. Aku tahu abah sangat tenang, and aku tahu mama sudah menangis. Adik aku hanya menunjukkan riak sedih. Aku memanjat tangga untuk ke bilik, langkah kakiku lemah - terasa amat berat untuk melangkah. Badanku terhuyung hayang - tidak dapat memberi sepenuh fokus untuk berjalan. Air mata yang tertahan sebentar tadi mula bercucuran - tidak dapat dibendung lagi. 
''Aku perlu KUAT. Pengorbanan amat dituntut untuk memperolehi kejayaan. Aku akan pastikan apabila aku keluar dari sini (KMK) aku tidak keluar dengan tangan yang kosong. Segala kesakitan dan pengorbanan ini haruslah berbayar.'' Kata-kata monolog dalaman itu tersemat kemas dalam sanubari aku. 
Sememangnya aku sedia maklum, mental perlulah diperkuatkan untuk menghadapi segala kemungkinan berhadapan dengan situasi baru dan tidak terjangka ini. 


Chark Arh, Fiera and aku.

Aku mempunyai roomates yang sekepala. Shiro, Shuhada dan Ashrah. Alhamdulillah mereka bukan tergolong dalam golongan mereka yang pulun, gediks dan sombong. Aku tak mahu bercerita satu persatu mengenai peristiwa yang berlaku, cukup untuk menyatakan isi dan mengekspresikan emosi yang penting. Minggu orientasi amat mencabar. Jikalau hampa semua ditempatkan di sini, bersedialah untuk bangun pukul 4.30 pagi, kerana bilik air akan stuck dengan students yang ramai bagaikan ikan bilis. Pukul 5.15 pagi perlu di berada di dalam masjid untuk sembahyang berjemaah dan mendengar tazkirah. Pukul 7 pagi perlu berada di astaka yang boleh dikatakan sebagai padang untuk melakukan senamrobik. Kemudian, pelajar perlu menukar baju formal untuk menghadiri taklimat di dalam dewan besar, Dewan Mahawangsa. Kemudian ada lagi sesi taklimat yang lain, pendek kata sehingga pukul 11 malam. Panas? Toksah dok kata la. Dewan Mahawangsa walaupun besar daripada Dewan Terbuka sekolah aku, tidak muat untuk semua pelajar baru matrikulasi. Kitaorang kena berhimpit untuk mendengar taklimat tu. Kawan aku, Fiera sampaikan dia kata nak berterlanjang bogel kerana suhu terlalu tinggi - sangat banyak haba dan bahang. 

Kadangkala, abah hantar mesej. Aku akan menangis kerana sebak. Aku tak tahu adakah itu satu perasaan yang dikategorikan sebagai perasaan sedih? Tidak, Aku tidak sedih, atau adakah mungkin ianya digambarkan sebagai terharu kerana abah still ingat aku di sini? Apapun, apabila membaca mesej yang ringkas itu, ''Macam mana? Buleh duduk tak kat sana? Makan tak lagi?''
Ayatnya mungkin kedengaran ringkas, namun jiwa aku bergelora, menahan sebak yang menggila, membuat aku gagal mengawal titisan air mata. 
Adakah ini satu fenomena yang normal sebagai seorang pelajar yang pertama kalinya masuk ke asrama? Rupa-rupanya iainya normal. Kawan aku, Fiera, Maisarah dan Naemah turut merasai perasaan yang sama. Sejujurnya apa yang berlegar dalam fikiran aku adalah perasaan takut - takut family aku melupakan aku. Sehinggakan mereka berasa normal dengan ketiadaan aku di sisi mereka. Ini ialah athazagoraphobia (fear of being forgotten). Tapi aku tahu, lama-kelamaan keadaan ini akan berlaku. Aku telah berumur 17 tahun, dan hanya beberapa tahun saja lagi aku akan menamatkan pengajian, mula bekerja dan mungkin berkahwin. Ini akan berlaku dengan pantas, pejam celik-pejam celik aku bukanlah seorang budak perempuan yang selalu dikejar lembu lagi. Aku sangat depress untuk berhadapan dengan realiti ini. 

Minggu ini aku balik ke rumah bersama Fiera. Bertolak dari bumi Changlun ke Kulim memang pengalaman yang menyeronokkan. Fiera tertidur kerana keletihan, and aku pula melayan lagu instrumental dan background music daripada pelbagai anime. Terutamanya Stand Up Be Strong daripada anime Bleach. Susunan muzik itu menguatkan jiwa aku. Aku sampai di destinasi pada pukul 7.15 petang. Bahagianya aku tidak dapat digambarkan - bahagia bertemu dengan mereka yang tersayang. Oh ya, aku mendapat jurusan sains modul ketiga yang bermaksud Sains Komputer turut menjadi subjek yang perlu dipelajari oleh aku. Apun yang berlaku, Ya Allah, kuatkanlah semangat aku untuk berjuang di matriks selama dua tahun lagi. 

Labels: , , , ,


Author
                  

New Stories

  • kmk 1st sem ; 1st turning point
  • lumpuh ;
  • contra ;
  • childish ;

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.