ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 2nd sem ; beginning
Sunday, November 25, 2012 • 12:57 AM
Assalamualaikum, alhamdulillah aku telah sampai dengan selamat di Kolej Matrikulasi Kedah atas kehendak-Nya. Kegembiraan yang dikecapi selama dua minggu telah pun tamat. Selamat bersedia mental dan fizikalku untuk menempuh Semester 2. Setelah menetap di rumah selama dua minggu, hati berasa amat berat untuk melangkah kembali ke Penjara Emas. Rasanya lebih gembira berada di rumah dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti membaca komik dan menonton anime secara online. Ehem, boleh dikatakan aktiviti itu telah sebati dalam kehidupan aku, dan kerana itu jugalah keputusan SPM 2012 telah berjaya mencatat rekod terburuk dalam kehidupan 18 tahun milik Norzalina.

Perasaan? Sedih, sebak, gembira? Apabila diblendkan menjadi apa yah? Bercampur-baur gamaknya. Sedih kerana perlu meninggalkan rumah, komputer dan keluarga tersayang. Sebak? Oh, aku memang tidak handal dalam menjelaskan perkataan sebak. Gembira? Mungkin aku gembira kerana bertemu dengan teman sebilik sekali lagi. Tidak lupa juga perasaan teruja, maaf aku tidak suka bercakap rojak. Jadi  kita lupakan seketika perkataan ''Excited''. Tapi guna perkataan blend jugak yah? Entah dari mana datangnya malam ini aku bersikap patriotik? Bahasa jiwa bangsa katakan? Teruja kerana tak sabar untuk mengetahui bakal rakan-rakan sekelas untuk Semester 2. 

Dan fobia juga tidak terkecuali. Oh Matematik, bilakah engkau ingin berbaik-baik denganku? Selepas SPM, aku memang fobia dengan Matematik. Akibat kejatuhan gred Matematik Tambahan (Additional Mathematics), aku memang tak menaruh harapan untuk Matematik lagi. Tetapi apakan daya, di Matrikulasi, Matematik memang dititik-beratkan. Mudah-mudahan penyakit Arithmophobia ini berjaya diselesaikan.

Penat, letih tak usah diceritakanlah. Mengangkut dan mengusung barang dan beg yang beratnya entah berapa kilogram memang berjaya menghapuskan lemak yang bertahun-tahun melekat di salur kapilari tubuh badan. Bukan badan aku ya, tapi badan Abie Abie Bom! Oh, itu nama gelaran ayah saya. Haha. Sebelum keluarga pulang, tangan ini tidak letih melambai-lambai mereka. Setelah 6 bulan menetap di sini, air mata telah berjaya dibendung untuk tidak mengalir deras seperti dahulu. Cukup kuat untuk menepis perasaan lemah yang dilalui terdahulu.

Baiklah, mari kita tamatkan di sini saja. Mengapa terlalu berskema malam ini entah? Pedulikan saja, si aku yang asyik melayan Greatest Battle Music Tsubasa Reservoir Chronicles ni. Haha. Moga kalian selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Assalamualaikum!

Labels: , ,


Author
                  

New Stories

  • kmk 1st sem ; momento
  • kmk 1st sem ; larian kakom
  • kmk 1st sem ; 1st long story
  • kmk 1st sem ; happy eid
  • kmk 1st sem ; 1st ups
  • kmk 1st sem ; normal week
  • kmk 1st sem ; busy
  • kmk 1st sem ; fun
  • kmk 1st sem ; hang on
  • kmk 1st sem ; adapting

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.