ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 2nd sem ; 2nd long story
Friday, March 29, 2013 • 11:55 AM
They are so cute huh.


Assalamualaikum! Hohox sudah lama tidak menghupdate kes hidup aku noh. Seriosly im very busy now. You know why? PSPM is coming, my head become dizzy and my heart is aching, there are butterflies in my stomach. Lol, see? I applied your idiom sir!

Semester 2 agak boleh dikatakan tough. Mathematics adanya Chapter 9 Differentiation and Chapter 7 Trigonometry. Computer Science belajar mengenai Multimedia Producing yang ada 4 steps yang aku tak pernah apply dalam hidup pon. Chemistry? Hmm, Salts and Buffer boleh dikatakan susah, tapi kalau cukup persediaan benda tu akan jadi senang. Well, there is nothing easy right? Biology? Chapter 9 Reproduction and Development agak banyak, kena pandai la bahagi masa nak blajar semua benda Spermatogenesis, Oogenesis and bla bla bla.

Completed Tasks ;
Pendidikan Islam 
Aku kena baca 20 surah, then kena hapai maksud bacaan solat, and 5 doa harian. Seriously benda ni agak menyakitkan kepala sebab kena hapai then, orally kena baca depan ustazah. Aku bab-bab berdepan dengan orang ni memang susah sikit. Alhamdulillah, walaupun aku tak sempat perabiskan semua, tapi kalau ikut percentage, aku habiskan 3 per 4 tugasan tu.

Kemahiran Dinamika 
Budak matriks kena condemn ngan banyak universiti sebab lack of confident. So unit dinamika KMK buat la satu program yang dikatakan persediaan temu duga untuk masuk ke universiti. Kami kena buat resume and bawak sijil. Panel juri akan tanya soalan, dan pandai-pandai la kami kena jawab. Kawan-kawan aku semua dapat lecturer bek-bek. Mai tang aku, nah kena speaking! Aku pon goreng la sehabis goreng. Cakap ja apa yang aku rasa. Mau hentam keromo. Tapi agak interesting la.

Bahasa Inggeris 
Alhamdulillah, aku, Eyra and Tirrah berjaya menyiapkan tugasan dengan menyanyikan lagu Skyfall, Adele. Lantak pi la. Aku tau sora aku bukan retro macam Adele pon, tapi lagu tu agak ok, so kami pilih la. Hahaha. Habis ja nyanyi, skarang ni kena hapai idioms pulak!

Videos Assignments
Untuk subjek Biology, Computer Science, Kemahiran Dinamika, and Pendidikan Islam, kami perlu menghasilkan video. Huh, penat ni bukan kepalang sebab aku selalunya main peranan sebagai Video and Audio Specialist. Aku kan suka buat montaj. Hahaha *gelak jahat* Video Bio memang best. Kami buat experiment Avery Et All. Aku kena jadi tikus mati. Video kami dapat pujian dari Madam Intan kot. Video Computer Science aku buat tema Anime. Alhamdulillah aku antara 3 orang yg dapat markah bonus sebab video kami agak cantik. Video Kemahiran Dinamika mendapat pujian bahawa adanya kesinambungan. Agaknya itu ja kowt yang aku nak crita.
Oh ya, tengs Mr Azri coz bagi KFC. Aku dapat highest marks untuk Computer Science Subject, UPS. 
ps : Selamat maju jaya buat pelajar asasi UITM.

Labels:


Author
                  

New Stories

  • kmk 2nd sem ; 2nd ups result
  • kmk 2nd sem ; 3rd outing
  • kmk 2nd sem ; pre - 2nd ups
  • kmk 2nd sem ; 2nd outing
  • kmk 2nd sem ; 1st pspm result
  • kmk 2nd sem ; 1st outing
  • kmk 2nd sem ; beginning
  • kmk 1st sem ; momento
  • kmk 1st sem ; larian kakom
  • kmk 1st sem ; 1st long story

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.