ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 2nd sem ; 2nd ups result
Monday, March 04, 2013 • 8:16 PM
Assalamualaikum! Hoho. Nak menggila sat. Bodoh tahap gaban, usaha tak cukup. Ahh, menyumpah tak terkata huh, ingat Tuhan, ingat Allah, Kuchiki! Ok, aku slack Bio. Entah macam mana kepala aku jadi biul masa jawab exam. Aku jangka Maths yang nak dapat B, last last ambik hang, Bio yang B. Perrgghh, tak terkata.

 Aku tau result daripada Eyra, shh aku tertido. Janji nak pi pukul 3 tengok result, last-last tertido sampai pukul 4. Bangun-bangun dah berpeluh, pikiaq pasal Eyra. Hah, mesti dia marah sebab aku tak pi. Last-last dia bahagia tak terhingga sebab dapat A- untuk Maths. Congrats!

 Dapat-dapat tau result, aku telepon terus ayah and mak aku. Jerit-jerit macam orang gila. Ha la mana tak nya, slack satu ja, down semua. Okayhs Syuhada dapat 4 flat, aku lagi la gila. Kawan bek aku tuh! Overallnya result aku meningkat, 3A solid 1B. A solid tu, subjek Sains Komputer, Kimia, and Matematik. Haha, Matematik? Hahahahaha, aku dah tak fobia Matematik! Hoho. Terima kasih tak terhingga kepada MR AZMAN and MADAM HAJAR. Jasamu dikenang kerana sebab diaorang la, aku berjaya membebaskan diri aku daripada dibelenggu dengan ikatan sejarah silam.

Terima kasih kerana menaruh kepercayaan kepada kami, PDT semester 2 untuk 50 peratus memperolehi A. Dan hakikatnya, lebih 50 peratus dapat A. Pointer aku 3.75. Agaknya sama ngan Eyra. Heheh. Hah, sudah-sudah la aku menulis. Jotter Kimia tak buat lagi. Nanti Madam Syatilla nek gila. Banyak gila kerja, ngan BI lagi. Agama pon kena hapai banyak lagi. Cheh, saiko sat.

 ps: Entri ini mengandungi banyak kesalahan hukum Bahasa Melayu yang asli. 
 Maaflah noh, saya lebih suka beletiaq dalam longhat Kedahan.

Labels:


Author
                  

New Stories

  • kmk 2nd sem ; 3rd outing
  • kmk 2nd sem ; pre - 2nd ups
  • kmk 2nd sem ; 2nd outing
  • kmk 2nd sem ; 1st pspm result
  • kmk 2nd sem ; 1st outing
  • kmk 2nd sem ; beginning
  • kmk 1st sem ; momento
  • kmk 1st sem ; larian kakom
  • kmk 1st sem ; 1st long story
  • kmk 1st sem ; happy eid

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.