ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 2nd sem ; ending
Saturday, May 04, 2013 • 12:48 PM
Fuh fuh, bersawang sudah blog aku ni yah. Ehem, assalamualaikum. Lama tak menghupdate hang blog oiii. Bukan aku saja-saja tak update, aku busy pasai exam, and aku ada penyakit malas tahap terlampau. Heheh, alang-alang dah bukak blogger dashboard, aku update gak lah cerita baru. Last time aku update pasal Exam Approaching right? Okayhs, alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya menghadapi PSPM.

PSPM kali ni agak susah gamaknya. Bermula dengan Sains Komputer yang soalannya entah ke apa-apa, membuatkan sebahagian pelajar duduk menggaru kepala termasuklah aku. Haha. Memang lecturer U suka seksa orang kah? Tau la PDT blajaq detail pon, tapi jgn la hentam kami cam ni. Then, Bahasa Inggeris boleh dikatakan seronok menjawabnya. Esei yang sempoi membuatkan aku berimaginasi tanpa sempadan. Hahaha. Mana taknya, soalan tanya, benda apa yg nak bawak kalau nak survive 5 hari di pulau? Aku bubuh 3 items yang tah ke apa-apa, Kapak, Roti Gardenia and Torchlight. 

Mai tang Maths, nah! ambik hang, Differentiation and Trigonometry. Hahahah, hebat hang Maths noh tak habis-habis nak menyusah hidup aku. Well, sem dua ni agak seronok jawab Maths. Tapi tengok la nanti, result aku memang ''flying colour'' gamaknya. Selang sehari Biology ucap hai pulak. Malam tue aku tak tido sampai ke pagi. Mengkhatam Oogenesis, Spermatogenesis, Saprophyte, Gametophyte and bla bla bla. Double Fertilization yang aku tak paham masa form 5 baru aku paham skunk ni. *ewah-ewah* Paper yang tak boleh blah skali, memang sah-sah paper Kimia. Agak terkejut bila tengok soalan Kimia. Agaknya aku buleh ucap selamat tinggal pada A untuk Kimia bila aku pon dah ketaq tengok soalan. Hmmm. Aku tak tau la nak kata apa, usaha memang dah usaha dah. Tinggai ketentuan Tuhan ja la lepas ni. 

Barang-barang memang aku packing malam Isnin. Hari Selasa aku pulang ke Kulim. Asrah, Syuhada, and Shiro iaitu roomates aku memang dah bersedia nak balik. Depa tak pa la, setahun ja duk di matriks. Aku tahun depan ada lagi, bakal menjadi senior dalam masa satu bulan selepas ni. Di akhir perpisahan, sedih? Nothing. I barely feel anything. I already erased what i want to forget. Memories with them just like dust that can disappear when the wind is bustling. Memang tak cukup kuat jika dibandingkan dengan memori yang tercipta di sekolah rendah dan sekolah menengah-Form 3.

Haha, dah start cuti untuk sebulan. Bahagia aku di Kulim ni. Duk enjoy cerita anime banyak-banyak, dak pon duk cari instrumental yang best-best. Sapa lagi kalau bukan komposer lagu, Kenji Kawai. Aku tabik spring ah, instrumental yang dia buat semua melekat dekat aku. Haha, ni tengah cari Opening Death Note 3, L Change The World. Then, projek Sony Vegas and Adobe Photoshop. Hahaha, memang rabun la aku menghadap pc. Well, itu ja yang nak diceritakan. Aku nak tengok movie plak lepas ni. Happy holiday untuk mereka yang telah habis exam, daaa assalamulaikum.


ps : Magical Girl Lyrical Nanoha 2nd Movie memang tak boleh blah ar.
Grafik sangat cantik derrrr. Ehem excited nak jadi senior, daaa.

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • kmk 2nd sem ; 2nd long story
  • kmk 2nd sem ; 2nd ups result
  • kmk 2nd sem ; 3rd outing
  • kmk 2nd sem ; pre - 2nd ups
  • kmk 2nd sem ; 2nd outing
  • kmk 2nd sem ; 1st pspm result
  • kmk 2nd sem ; 1st outing
  • kmk 2nd sem ; beginning
  • kmk 1st sem ; momento
  • kmk 1st sem ; larian kakom

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.