ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 3rd sem ; perasaan
Thursday, July 11, 2013 • 4:08 AM
I'm trying to be strong - for my sake and for you, my friends.

Assalamualaikum, aku kembali untuk mengupdate blog, menceritakan mengenai perjalan hidupnya yang penuh dugaan dan cabaran. Heheh, cabaran la sangat kan? 

Aku bukanlah manusia sempurna, dilahirkan sebagai manusia biasa yang punya perasaan biarpun diri ini amat menjelikkan dan kadang-kadang digelar sebagai hati batu, kerna kurangnya perasaan di mata kamu. Aku bukan sebegini ketika dahulu. Aku seorang yang periang, berfikiran positif dan amat menghargai sahabat dan teman-teman handai. Aku seorang manusia yang melepasi tahap emosi manusia lain. Yah, aku pasti dan amat pasti. Jikalau aku terlalu berani, aku akan lebih berani, dan jikalau aku gentar, maka aku akan lebih gentar daripada mereka yang lain. Ini adalah syndrome black and white thinking. Jikalau itulah perangai aku, aku tidak akan melepaskannya, malah aku menerima dengan segenap jiwa, maka itu adalah aku. 
Bumi ini sangatlah tua - Dia telah menyaksikan segala peristiwa. Manusia itu kebanyakannya hanyalah perosak di atas muka bumi ini - umat akhir zaman. Mereka tidak teragak-agak untuk berlaku kejam terhadap manusia lain. Apabila meningkat dewasa, aku barulah mengenali apa itu manusia.  
Jiwa yang dahulunya dambakan kasih sayang, hanya daripada seorang teman, kini tiada lagi. Apa yang dilihatnya hanyalah musuh yang ingin menikam dari belakang. Takut untuk bersandarkan kepercayaan dalam hati, walau sekelumit rasa kasih yang mula dilahirkan ini. Bukan ingin menafikan bahawa adanya rasa, tapi takut untuk berdepan dengannya pengkhianatan sahabat tercinta. Aku tidak minta lebih daripada disangka. Cuma sekelumit perasaan ikhlas dalam persahabatan. Namun jikalau itu pun tidak mampu kau berikan, tiada apa - cuma kesederhanaan dalam persahabatan. Itulah aku. Seorang manusia yang penakut untuk mempercayai sesiapa saja yang rapat dengannya.
Cukuplah setakat itu aku membebel, aku rasa ringan sikit. Lepas segala rasa. Hahaha. Sekarang aku nak cerita pasal KMK pulak. Aku dah berpindah ke bilik yang baru. Daripada blok C1 aku berpindah ke B1, meninggalkan Haziyah, Aisyah dan Nad. Bertemu dengan roomate yang baru, Asilah, Wani dan Eiyra Nazira. Alhamdulillah semuanya ok.

Sebab aku berpindah? Biarlah aku dan tuhan saja yang tahu. Aku bukanlah kuat seperti dulu. Hati ini cepat terguris. Haha, lupakan yang itu. Kita cakap pasal assigments! Well, aku sibuk gila di sini. Kerja Maths yang latihannya beratus-ratus soalan, sampai aku dah tak larat nak integrate. Biology kena present Phylum Nematoda under Kindom Animalia. Alhamdulillah aku buleh buat. Kimia plak duk buat latihan exam tahun lepas, or past years la. Thermochemistry nampak senang, tapi gelong gak ar. Then, Comps Science Amali under Sir Azri, aku buat poster guna Gimp. Aku dapat markah penuh. Hohox. Best best.

Seriously, im kinda depressing now. Don't have any mood to study. Seriously! Huh. sudah-sudah la tu. Nanti pointer turun memang gigit jari la aku. Haha, rasanya itu saja, keyh oyasuminasai minna sama, assalamualaikum.

ps : Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak.

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • kmk 3rd sem ; beginning
  • kmk 2nd sem ; 2nd pspm result
  • kmk 2nd sem ; preparation entering 3rd sem
  • kmk 2nd sem ; ending
  • kmk 2nd sem ; 2nd long story
  • kmk 2nd sem ; 2nd ups result
  • kmk 2nd sem ; 3rd outing
  • kmk 2nd sem ; pre - 2nd ups
  • kmk 2nd sem ; 2nd outing
  • kmk 2nd sem ; 1st pspm result

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.