ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 3rd sem ; 3rd long story
Saturday, August 31, 2013 • 5:38 PM
Fuh fuh sudah bersarang gamaknya aku punya blog ni eh. Seriously, after raya memang aku sibuk tahap gaban. Kena blasah ngan UPS, pastu kutip markah untuk penilaian berterusan, so assignments memang bertimbun huh. Long Story, ialah tajuk untuk himpunan cerita-cerita yang tergendala untuk dipostkan. heheh. Baiklah, mari kita bermula dengan ;

Happy Eids Mubarak. 
Inilah kali pertama dalam hidup aku raya yang *PALING TAK MERIAH*. Ambik hang kena bedebak. Aku pikiaq UPS, buat nota bio tak berenti, kimia duk pening calculation, sains komputer ntah apa-apa logic gate and maths, duh integrate! Pastu, suasana pon tak supa ngan raya. Tak tau la tang mana tak complete. Tapi alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur untuk merasai raya tahun ni. 

Ujian Pertengahan Semester (UPS).
Buat kali pertamanya aku terlampau tension. Inilah akibat tidak membuat persediaan awal untuk exam. Paling aku takut skali dengan Chapter 11 ; Biodiversity untuk Biology. Memang banyak aku nak kena cover. Kali ni aku ambik exam dekat Dewan Mahawangsa *DM*, berbeza dengan semester lepas di perpustakaan KMK. Nampak dan dapat dirasai suasana exam yang seperti sebenar. Agak seronok dan gementar. Alhamdulillah dengan segala berkat usaha, aku boleh jawab la gamaknya. Bio kalau tak A, memang hentak pala kat dinding ah.

Larian KAKOM (2013;2014).
Larian kakom pada sesi 2013;2014 tidak mencabar. Yah, itu yang boleh aku katakan. Sebagai seorang senior yang pernah merasai pengalaman sesi lepas, Larian Kakom kali ini jaraknya lebih kurang ataupun lebih pendek daripada sesi lepas. Hmm, kami bangun pukul 6 pagi, dan 7:30 pagi kami telah berada di astaka. Begitu juga dengan senaman pagi, kurang meriah daripada sesi lepas. Pelajar pula malas nak berdiri untuk melakukan 'ombak'. Acara tamat kira-kira pukul 10:30 pagi. Kali ini, pemenang tidak diberikan hadiah ketika itu. Pendek kata, memang tak best langsung. Lepas habis acara, ada kuliah Bio pulak tu. Apapun, kitaorang enjoy ja, hihihi.

Motivasi Matematik.
Motivasi matematik diadakan pada malam hari. PDT semester 1 dan 2 digabungkan bersama bertempat di DKB2. Yang bagi taklimat tu, Professor Madya dari UMK, tak silap aku. Alhamdulillah, berkat kata-kata semangat malam tu, adalah sedikit tergerak jiwa untuk membuka hati belajar Matematik, kehkehkeh.

Reunion.
Chark Arh yang merupakan sahabat baik aku daripada tingkatan 1 datang ke matrik untuk melawat aku. Dia pun ex-student matrik jugak. Well dia rindu kat aku lettuw, cheh perasan ChikiEnna ni nohhh. Padahal dia rindu kat matrik. Aku memang rindu kat semua kawan-kawan lama aku. Hope depa semua sihat-sihat dan bahagia selalu. And congrats to her, she will proceed her study at UniMap, i think?

Attirah's Birthday.
Attirah, hmm, ialah kawan yang aku suka buli. Dari sem 1 lagi, aku memang musuh ketat dia. Serius benci sungguh-sungguh. Tapi nak buat cam mana, mai mai sem 2 and sem 3,aku ''ngam'' sikit ngan dia. Aku, Teah and Fifah plan sambutan birthday dia. Aku support Bihun Goreng, Fifah support dessert. Aku, Teah ngan Fifah beli hadiah sikit kat dia.Ikhlas tau! Dalam masa yang sama, aku,Teah ngan Faez struggle dok buat assignment untuk Bio. Buku scrap Kingdom Plantae. Memang kena apply balik arh, ilmu-ilmu buat folio masa tingkatan 1. Penat gila siot!

Kemerdekaan ke 56.
Alhamdulillah, berkat pengorbanan pahlawan dan pejuang yang terdahulu, kemerdekaan selama 56 tahun berjaya dicapai dan dikekalkan. Semalam kami sambut Hari Kemerdekaan di Dewan Mahawangsa. Ucapan-ucapan daripada para pensyarah dan persembahan daripada para pelajar memang amat membangkitkan semangat.Kami menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bertenaga. Persembahan bunga api turut diadakan. Okayhs, itu saja. Sehingga bertemu lagi, assalamualaikum!

ps : congrats to Miss Ghah. She went to Bandung for proceeding 
her study in medic, right? And all the best to my friends who gonna enter IPTA.

Labels: , , , ,


Author
                  

New Stories

  • kmk 3rd sem ; ramadhan
  • kmk 3rd sem ; magazine assignment
  • kmk 3rd sem ; perasaan
  • kmk 3rd sem ; beginning
  • kmk 2nd sem ; 2nd pspm result
  • kmk 2nd sem ; preparation entering 3rd sem
  • kmk 2nd sem ; ending
  • kmk 2nd sem ; 2nd long story
  • kmk 2nd sem ; 2nd ups result
  • kmk 2nd sem ; 3rd outing

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.