ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 3rd sem ; 3rd pspm result
Wednesday, December 11, 2013 • 6:33 PM
Biology Practicum-mates for final semester.

Assalamualaikum dear readers. Aku nak mengupdated event penting sat kat belog ni. Selepas aku pulang ke matriks untuk meneruskan pengajian bagi semester keempat yang merupakan semester terakhir aku, aku dengan sabarnya menunggu keputusan PSPM untuk diumumkan.

Dan tepat pukul 10 pagi bertarikh 10 Disember 2013, keputusan telah ditampal di papan kenyataan. *Apasal ayat aku skema sangat nih?* Hahaha, well cakap ja la. Aku mula-mula tu malas nak tengok result lagi sebab memang crowded gilerrr! Buleh pengsan aku ditengah lautan manusia tu, oh awat guna ayat sastera ni? Dah lama tinggai hiperbola rasanya, hahaha.

Dengan perut yang tak seberapa lapar pon, aku gagahkan diri ke d'santai dekat serambi tu untuk makan bihun sup. Di sekeliling aku, dah heboh dengan suara-suara adik senior ada yang berjaya dapat 4 flat, dan ada yang terguling tergelek. Itulah asam garam kehidupan pelajar. Ada yang berjaya dan ada yang jatuh tersungkur. Apapun keinginan, usaha, doa dan takdir Tuhan yang menentukan. Aku, Asilah and Ashan memang ketaq lutut bila dengaq depa cakap pasal result.

Habis saja menelan semua benda yang ada atas meja tu, aku pun pi la dekat papan kenyataan result tu. Student still ramai. Ada yang lompat tinggi-tinggi, menjerit cam histeria, ngan ada jugak yang menangis sambil pegang handphone. There are many emotions you can see if you are there. The pleasure and the pain just mixed randomly.

Dengan tangan aku yang terketaq-ketaq, aku pon cari number matriks aku. Tengok satu persatu dengan teliti. At last, nah i got 3.92 for PNGS and 3.75 for PNGK. Aku tergelincir untuk subjek Matematik, dengan memperolehi A-. Dan pada saat itu, tiada apa yang buleh kukata, Alhamdulillah! Tuhan itu maha kuasa, maha adil dan saksama.

Aku ingin mengucapkan, terima kasih ya Tuhan, terima kasih kepada lecturers, kawan-kawan dan family yang menyokong tak kira ketika susah dan senang. Selama ini aku mungkin kelihatan seperti seseorang yang tidak mengendahkan keadaan sekeliling, or maybe you can say i'm selfish. Yah, that's true. I'm tired of getting hurt. I keep it silent, what i want to believe is only Allah, and all the result just for my family. I struggle for them, and i'm happy.

Uh, tak dak apa-apa dah kowt nak merapu. Oh ya aku rindu gila kat family aku. Waiting for christmas holiday to return home. Kat matrik aku stress gila, tambah-tambah ngan subjek BI yang kena present produk yang entah apa-apa. Apapun keep fighting ChikiEnna!!!
Then, assalamualaikum.

ps : belajar programming memang buleh buat aku gila.
cancel sains komputer programming awai-awai.

Labels:


Author
                  

New Stories

  • gap ; family trip - teluk batik
  • kmk 3rd sem ; ending
  • kmk 3rd sem ; 4th long story
  • kmk 3rd sem ; 3rd long story
  • kmk 3rd sem ; ramadhan
  • kmk 3rd sem ; magazine assignment
  • kmk 3rd sem ; perasaan
  • kmk 3rd sem ; beginning
  • kmk 2nd sem ; 2nd pspm result
  • kmk 2nd sem ; preparation entering 3rd sem

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.