ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kmk 4th sem ; 4th pspm result
Thursday, June 05, 2014 • 10:12 PM

Assalamualaikum minna! Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku diberikan peluang untuk bernafas sehingga ke detik ini. Seperti tajuk di atas, hari ini iaitu hari Khamis bersamaan 05 Jun 2014, keputusan Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi (PSPM) telah diumumkan. Students bolehlah check dekat sitenya ok! Keputusan dimumkan pada pukul 10 pagi tadi. Dalam pukul 8 pagi tu aku memang tak sedap duduk dah. Senak perut, nak muntah semua ada. Bukannya apa, keputusan kali ni advance sikit daripada keputusan sebelum ni. Tau kenapa? Ini kerana keputusan kali ni, merupakan penamat atau keputusan akhir yang digunakan untuk UPU. 

Mengimbas kembali detik-detik exam semester 4. Bermula dengan Sains Komputer yang Programmingnya entah ke apa-apa. Serius cakap, habis ja exam tu kebanyakan students senior PDT semester 4, mukanya macam zombie, hahaha. Manakan tidaknya, soalan yang tak penah belajar pon keluaq! Takka saiko jadinya? Diteruskan dengan subjek Mathematics yang boleh tahan susahnya. Depa duk menyumpah seranah coz apa yang diramalkan tidak ditanya dalam exam. Muka cekang macam full preparation ngan tajuk Data Description, Permutations and Combinations, Probability, Random Variables and Special Data Distribution. Last-last naik tree diagram Probability yang aku cukup menyampah tu. Bajet buleh jawab Random Variables, last-last tinggal berterabur, serius aku cakap ni weyh!

Dekat situ, keyakinan mulalah luntur macam clorox lunturkan baju *apa jadah kaitannya? pedulikan* Dihentam, dibedil ngan dua paper yang dijawabnya macam sakai tak penah ngaji. Menyusul pula kertas Chemistry, dalam erti lain Kimia. Kimia sangat terkenal sebagai KILLER SUBJECT dalam komuniti PDT. Ini kerana, soalan Kimia untuk pelajar PDT, arasnya lebih tinggi daripada PST. Aku kalau tak berpeluh time jawab Kimia memang tak sah ar. Tambahan pula, major topic kali ni ialah ORGANICS! *Tutup mulut anda yang terlopong tu!* Cakap pasal organics, soalannya memang kejam gilaa! Dia buleh mereka-reka menjadi bermacam struktur! Apa yang bestnya bila belajar organics, time lab hampa buleh tengok macam-macam colour bila reaction berlaku. And the last one is Biology. Hat ni saiko kepala otak! Menghapai esei sekali fahaman, konsep, teori, process and etc.

Apa yang aku buleh katakan, paper yang paling susah ialah Komputer Sains, dan paper yang memerlukan sebanyak-banyak usaha untuk menghafal ialah Kimia, bukannya Biologi. Kimia amat memerlukan fahaman yang tinggi untuk menguasai teori tindak balas sesuatu bahan, dan lecturer cakap tak payah hafal. Asal faham dah cukup. For me, understanding is not enough. To reinforce it, memorizing is required.
Then, taaaaadaaa!
4 flat untuk sem akhir ini membuatkan aku sedikit tidak percaya, hahahaha! Aku rasa sem ni la soalannya macam tiga suku, and lastly i got it! OMG, alhamdulillah! Kalau aku usaha lebih sikit untuk sem sem sebelumnya, maybe last pointer tu cantik sikit. Tapi ok lah tu, aku bukannya nak jadi doktor. Engineer kot? Hahahaha. Tapi dengan perangai aku yang cepat gabra buleh ka jadi engineer? Kehkehkeh. Okayhs la, yang tu jaaa kot? Haha, daaa assalamualaikum!

ps ; saya sangat blur untuk memilih course degree UPU.

Labels:


Author
                  

New Stories

  • kmk 4th sem ; ending
  • kmk 4th sem ; 5th long story
  • kmk 4th sem ; 4th ups result
  • kmk 4th sem ; hardships
  • kmk 4th sem ; 4th ups
  • kmk 4th sem ; beginning
  • kmk 3rd sem ; 3rd pspm result
  • gap ; family trip - teluk batik
  • kmk 3rd sem ; ending
  • kmk 3rd sem ; 4th long story

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.