ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

gap ; bebas
Wednesday, August 13, 2014 • 12:03 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca *itu pun kalau ada orang yang membaca  entry ini, hehe*. ChikiEnna ingin mengupdate blognya lagi. Kali ini mengenai result UPU dan USM. Sebelum mara ke hadapan, biarlah aku mengingati secebis kenangan silam. Kenangan yang mengajar aku untuk bangun daripada kegagalan, *awat ayat aku ni sastera pulak? pedulikan saja, aku nak berfeeling sat, haha*

  • Let's recalling.
Alhamdulillah, aku dilahirkan dengan sempurna, tiada cacat celanya anggota badan, berserta akal yang waras. Namun, aku bukanlah insan yang berada dalam kategori cerdik semulajadi. Seriously, ada manusia yang cepat pickup even dia hanya main-main ketika guru sedang mengajar. Untuk mencapai apa yang aku inginkan, aku berusaha dengan keras dan bersungguh-sungguh, *aku amat merindui zaman ini, ketika aku amat bersemangat untuk belajar.* I dont believe on STUDY SMART. I had rather STUDY HARD. Yah, that's my style. Alhamdulillah berkat usaha dan izin Allah, aku memperolehi 4A1B and 7A1B in UPSR and PMR respectively. Itu adalah zaman kegemilangan aku, hahaha.

Then, menyusul pula zaman dark ages dalam hidup aku iaitu ketika tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Zaman ini memperlihatkan bahawa aku hanyalah pelajar yang tidak lepas daripada godaan dunia. Meletakkan harapan ibu bapa di belakang dan mendahulukan keseronokan di hadapan. Aku menghabiskan 2 tahun tanpa erti. Mungkin ada sedikit values yang aku dapat ketika itu, kebanyakannya hanyalah negative values. I got betrayed by my bestfriends, i got to know how harsh our reality, and most important i learned how to survive in the middle of those fake people. I learned how to stand up even i needed to crawl first. Thanks for those all "wonderful" memories that you gave me, friends. Even though i tried to wake up, but still i could not make it.

SPM yang menjadi pengukur kecerdikan seseorang pelajar, yang menjadi pengukur untuk seseorang meneruskan pelajarannya pada peringkat yang lebih tinggi, yang dikatakan peperiksaan terpenting bagi seseorang pelajar untuk memperolehi keputusan cemerlang, mengharumkan nama sekolah, membanggakan diri dan ibu bapa - aku tersungkur, aku jatuh, aku menangis, aku gagal. Aku gagal untuk memperolehi keputusan yang diimpikan. Harapan ibu bapa terhempas jatuh, pecah berkecai. Musuh hanya ketawa, dan terus ketawa. Aku mengalami tekanan jiwa.

Keputusan UPU untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma diumumkan. Sekali lagi, aku dihentam hebat. Tiada mana-mana IPTA pun yang aku perolehi. Aku bertanya, mengapa dan mengapa? Mereka yang memperolehi 1A sahaja boleh meneruskan pengajian di IPTA, aku yang memperolehi 4A ditolak sementah-mentahnya. Matrikulasi mula memanggil. Aku menerima dengan hati yang berat. Dikejutkan lagi, aku merupakan pelajar Program Dua Tahun (PDT). Apakah ini? Dua tahun? Mulalah aku mempersoalkan takdir. Mengapakah Engkau berbuat begini? Aku tidak dapat menerimanya.

Dan selepas menghabiskan pengajianku di matrikulasi selama 2 tahun, mulalah aku mengerti. Tons of memories i got there. They meant to teach me how to survive, how to deal with problems and hard times. They taught me what is friendship that i was searching for. Allah gave me friends who were really loving me. I felt blessed. Aku struggle di sana, ya amat struggle. That intense feeling came again. i could feel it. Sesuatu perasaan yang amat aku rindui, iaitu perasaan bagaimana aku struggle dengan bersungguh-sungguh. Aku berjanji kepada diriku sendiri, bahawa 2 tahun yang aku luangkan di matrikulasi bukanlah seperti 2 tahun zaman dark ages aku di sekolah menengah. Ianya merupakan 2 tahun zaman Renaissance, iaitu zaman pemulihan dan kebangkitan. Mereka mungkin berkata, "hang ni slalu overstudy sangat aiihh. kuiz ja pun." Well, you have to know, my brain is not smart as you. Aku ingin menggelak daripada melakukan kesilapan yang sama, di mana aku gagal untuk membanggakan ibu bapaku.

  • Today, 12th August 2014.
Tarikh yang amat penting bagi mereka yang sedang menanti keputusan UPU. Tarikh yang menentukan sebanyak mana hasil yang diperolehi setelah berpenat lelah menelaah buku di malam hari. Tarikh yang menentukan hala tuju baru untuk kehidupan ini. Alhamdulillah dengan usaha dan izin Allah, aku mendapat apa yang aku inginkan.

Tiadalah terkata apa-apa, melainkan melahirkan rasa syukur Alhamdulillah. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Kedua-duanya Research University, dan kedua-dua subjek amatlah aku gemari, Kimia Petroleum dan Forensik. Amatlah tiada pernah terlintas bahawa aku akan sampai ke tahap ini. Dan kini, aku mohon petunjuk darimu Tuhan, bantulah aku untuk memilih jalan hidupku. 
BEBAS? Ya, itu adalah title entri ini. Syukur, aku telah BEBAS daripada beban yang membelenggu aku selama ini. Perasaan sedih yang teramat sangat apabila tidak diterima oleh mana-mana IPTA, semuanya hilang pada hari ini. My heart is FREE from those feelings - sadness and inferiority complex
Kepada sesiapa yang gagal pada hari ini, ingatlah bahawa Tuhan sentiasa bersamamu tidak kira senang ataupun susah. Berusahalah bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepadaNya. Sesungguhnya Dia mengetahui dan Pengatur segalanya. Dan, sehingga kita bertemu lagi, Assalamualaikum :D

Labels: , , , ,


Author
                  

New Stories

  • gap ; happy eid
  • kmk 4th sem ; 4th pspm result
  • kmk 4th sem ; ending
  • kmk 4th sem ; 5th long story
  • kmk 4th sem ; 4th ups result
  • kmk 4th sem ; hardships
  • kmk 4th sem ; 4th ups
  • kmk 4th sem ; beginning
  • kmk 3rd sem ; 3rd pspm result
  • gap ; family trip - teluk batik

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.