ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

upm 1st sem ; resolution
Thursday, October 23, 2014 • 6:54 PM
"You are here to learn. Consume everything and apply it in future for yourself and others. You choose this way, so dont regret it and keep proceeding it. Eventhough you fall and get hurt, you have to rise and fight again. Keep yourself on the right track. This is your fight, your pride, your family's hope and a way to know Him better. So i have put everything on that line. I have to believe, I have to believe!" 
-ENNAMOON K.

Tertekan.
Ya, aku amat tertekan. Fasa baru hidupku ini amat membuatkan aku tertekan. Tiada pernah rasa sebegini, even aku pernah struggle dekat matrik. Jika tiadanya Tuhan untuk aku meminta kekuatan, sudah lama aku tumbang. Tumbang di tengah jalan perjuangan. Jika tiada kata-kata semangat daripada ibu-bapa tercinta, sudah lama langkahku terhenti. Terhenti daripada menghadapi cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan kehidupan yang telah diaturkan oleh Tuhan. Takdir, aku percaya ini adalah takdirku. Sesungguhnya Dia mengetahui dan Dialah Maha Pengatur segalanya.
Jadi, tunduk dan berserahlah kepada Takdir ini, wahai hati. 
Penat.
Ya, aku amat penat. Assignments yang datangnya tanpa henti, Lab reports memanggil-manggil untuk dicomplete. Tutorial yang banyaknya tiada aku fahami. Datang merempuh, merempuh aku yang masih termangu-mangu di semester pertama, masih bertatih-tatih mengadaptasi kehidupan alam dewasa.

Takut.
Ya, aku amat takut. Takut akan subjek. Adakah ini tampak melucukan. Ya, hanya 6 subjek Zalina! Tetapi 4 daripada boleh dicop sebagai killer subjek. 2 subjek selebihnya memerlukan kerjasama yang amat tinggi dalam pasukan. Bolehkah? Bolehkah aku score untuk subjek-subjek ini? Oh Tuhan, lemah dan rapuhnya jiwa hambaMu ini. Maafkan aku mama dan abah, sesungguhnya anakmu ini seorang yang penakut.

Jadi, adakah aku hanya akan menuruti aliran dan kitaran hidup yang sebegini? Tidak berjuang sepenuh jiwa dan raga. Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari pabila aku kenangkan masa silam ini, kosongnya jiwa dalam mengejar cita-cita.

Lahir dari dalam sanubari bisikan kecil, 
Bangunlah!
Korbankanlah!
Bersedialah!
Bangunlah daripada patah hati dan perasaan negatif ini,
Korbankanlah perkara kecil yang tiada membawa faedah kepada diri,
Bersedialah mental dan fizikal untuk merempuh segalanya,
Kita akan mara melangkah, wahai jasad dan jiwa.
Insyaallah dengan izinNya, kita akan berjaya menuju cita.
ENNAMOON K.
23 Oktober 2014 - Khamis (6:39 petang).

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • upm 1st sem ; deep forest
  • upm 1st sem ; experiences
  • upm 1st sem ; 2nd turning point
  • gap ; bebas
  • gap ; happy eid
  • kmk 4th sem ; 4th pspm result
  • kmk 4th sem ; ending
  • kmk 4th sem ; 5th long story
  • kmk 4th sem ; 4th ups result
  • kmk 4th sem ; hardships

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.