ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

beku ;
Wednesday, November 11, 2015 • 4:33 PM
Darah menyelirat ke kepala dan ke dada,
Menahan amarah membara,
Mulut menutup diam seribu bahasa,
Hanya mendengar apa yang diludahkan sahaja.

Sekian lama tidak membuak,
Perbuatanmu hari ini menghidupkan kembali,
Perasaan lama yang telah terkunci di dalam hati.

Di mana salahku?
Kukatakan kepada diriku,
Itu hanya fitrah yang ada pada aku.
Tidak mengapa jika dirimu tidak boleh menerima,
Hai siapalah dirimu hanya umpama
debu yang ditiup angin sahaja.

Cukuplah darah dan air mata dibiar mencurah,
Mengapa harus ditangisi kesemuanya,
Ku seru wahai jiwa,
Bangun kembali menjadi rasaksa,
Lekas kembali membeku emosi segala rasa,
Hayati dan berjuang sepenuh jiwa untuk permainan dunia.

Kita lihat,
Siapa yang akan berdiri pada akhir masa.

ENNAMOON K.
27 Mac 2013 - Rabu (05:20 petang)

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • degupan ;
  • amarah ;
  • pergi ;
  • lepaskan ;
  • kesal ;
  • dendam ;
  • tamat ;
  • berserah ;
  • satu definisi ;
  • dua arif ;

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.