ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

degupan ;
Wednesday, November 11, 2015 • 4:24 PM
Gelak tawamu, kejujuran, keikhlasan,
Segala perbuatan baikmu menggerakkan aku yang telah lama tidur dalam diam,
Jiwa yang telah tertutup rapat buat sekian lama,
Dan hati yang telah beku mematikan segala emosi pemusnah,
Kembali berdegup dalam keadaan ''hidup'' dan penuh makna,
Ianya Kembali Bernyawa.

Lipatan sejarah memperlihatkan,
Jiwa suci dipermain-mainkan,
Hati berikrar bahawa tiada lagi kesengsaraan,
Maka segala tindakan dimulakan.

Setelah sekian lama membeku,
Setelah sekian lama sunyi dan sepi,
Senyuman terukir pada wajah yang palsu semata,
Hati naif dikunci sahaja, bisikan jiwa dibiarkan melata.
Hati menjadi kejam tak tekata,
Nampak baik, hakikatnya jahat tak terkira.

Bagaikan bangkai bernyawa, hidup tiada berperasaan,
Hati membatu, perasaan dikunci dan bagaimana ingin mengecapi?
Nikmat kehidupan yang hakiki?

Tiada apa sebenarnya yang ingin dikatakan,
Hanya terima kasih yang dihulurkan,
Kepada mu teman yang membangunkan kembali,
Jiwaku untuk kembali bernyawa.

ENNAMOON K.
01 Mac 2013 - Jumaat (11:27 malam)

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • amarah ;
  • pergi ;
  • lepaskan ;
  • kesal ;
  • dendam ;
  • tamat ;
  • berserah ;
  • satu definisi ;
  • dua arif ;
  • upm 3rd sem ; 3rd turning point

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.