ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

dendam ;
Wednesday, November 11, 2015 • 3:03 PM
Jantungku berdegup kencang,
Mulutku bergetap-getap,
Tanganku terketar-ketar,
Menerima slip peperiksaan PMR.

Ku renung dan ku lihat,
7A 1B tertera di kertas,
Seperti rohku sudah melayang,
Air mataku bercucuran.

Mengapa pekara ini harus terjadi?
Mengapa harus terpalit gred "B"?
Segala subjek ku pelajari,
Akhirnya aku tewas di hari ini.

Rakan seangkatanku, 8A mereka peroleh,
Aku merasa diri ini begitu asing,
Begitu lemah dan begitu kerdil.

Hadirmu kawan,
Najihah dan Fahmi namanya,
Berkongsi nasib bersama,
Kecewa kerana rebah,
Sedih kerana tewas.

Hati ini,
Terpendam duka lara, dendam, benci,
Dan juga semangat membara.
Semangat yang akan membawa,
Kejayaan pada hari mendatang.

Kami akan teruskan perjuangan,
Kerna penrjuangan belum selesai.
Tidak mengapa jikalau hari ini kami menangis,
Tidak mengapa jikalau hari ini mereka berparti.

Tapi ingatlah,
Kami akan bangun,
Hari esok bukan untuk tangisan kekecewaan,
Tetapi tangisan kesyukuran dan kegembiraan.

SPM menanti di hadapan,
Akan kami membalas dendam,
Atas segala kekecewaan.

ENNAMOON K.
24 Disember 2009 - Khamis (11:00 malam)

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • tamat ;
  • berserah ;
  • satu definisi ;
  • dua arif ;
  • upm 3rd sem ; 3rd turning point
  • gap ; 7th long story
  • upm 2nd sem ; revolt
  • upm 2nd sem ; 6th long story
  • gap ; family trip - perlis & kedah
  • gap ; reunion wani & tikah

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.