ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

kesal ;
Wednesday, November 11, 2015 • 3:21 PM
Mataku meliar,
Jantungku berdegup-degup, mulutku bergetap-getap,
Aku sudah tidak berdaya untuk menggerakkan pensel ku lagi.

Terasa,
Diri ini tidak berguna, otak ini tidak berkerja,
Dan perlakuanku berhenti bergerak.

"5 minit lagi."
Itulah jerit cikgu.
Cuaca amat panas, peluh membasahi badan,
Darah mula berderau, fikiran mula terhenti.

Kenapa? kenapa? dan kenapa?
Aku mula menjadi seperti orang gila,
Orang yang tak waras dan orang yang takut akan keputusan.
Wajah wajah guru bersilih ganti,
Wajah wajah ibu bapa menghantui diri.

"Nah anakku"
Terngiang-ngiang kata-kata itu,
Ketika dia memberi wang saku untukku.
"Jadilah orang yang berilmu",
Itulah pesannya kepada aku.

"2 minit lagi!!!"
Cikgu itu menjerit lagi.
Tanganku masih lagi terketar-ketar,
Aku sudah muak melihat kertas,
Kertas-kertas yang menguji kewarasan akal mindaku,
Iaitu kertas peperiksaan.

Lalu aku mengambil pensel,
Aku menghentam apa yang aku rasakan betul,
Wajah ibu bapa dan guruku sudah menghilang,
Aku hanya menulis dan terus menulis,
Dan perkataan itu meghantui aku,
Kerana aku tidak pasti adakah ianya tepat?

Kenapa? kenapa? dan kenapa?
Aku menjadi seperti ini?
Cuma satu jawapan yang pasti,
Iaitu tiada usaha dalam diri untuk mengulangkaji,
Sebelum peperiksaan ini.

ENNAMOON K.
27 Mei 2010 - Khamis (04:44 petang)

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • dendam ;
  • tamat ;
  • berserah ;
  • satu definisi ;
  • dua arif ;
  • upm 3rd sem ; 3rd turning point
  • gap ; 7th long story
  • upm 2nd sem ; revolt
  • upm 2nd sem ; 6th long story
  • gap ; family trip - perlis & kedah

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.