ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

perjuangan ;
Wednesday, November 11, 2015 • 4:41 PM
Nada unggas kedengaran,
Malam pekat dengan kegelapan,
Membuatkan aku untuk memikirkan,
Tiada apa, cuma nasib diri yang telah ditakdirkan.

Perjalanan,
Biarpun tampak panjang penuh mencabar,
Namun jika diri dilanda kesibukan,
Tiada apa yang dapat menindakkan,
Dalam penat menghempas keringat,
Masa bergerak tiada berhenti.

Bergerak dan terus bergerak,
Dengan pantas,
Tanpa berundur sedikit pun ke belakang,
Mencipta evolusi mara kehadapan,
Meninggalkan insan yang leka dalam kehidupan.

Aku yang sedang dalam perjalanan,
Menunaikan misi perjuangan,
Merealisasikan visi terpahat di jiwa,
Menuntut ilmu nyata dunia,
Diselami dengan ilmu akhirat sana,
Berdoa dan memohon,
Pemudah dan perluruskanlah jalan yang bakal ku susuri ini.

Sesungguhnya siapalah aku,
Hanya hamba yang di mana,
Hidup dan matinya hanyalah untukMu.

ENNAMOON K.
24 Mei 2013 - Jumaat (02:10 pagi)

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • beku ;
  • degupan ;
  • amarah ;
  • pergi ;
  • lepaskan ;
  • kesal ;
  • dendam ;
  • tamat ;
  • berserah ;
  • satu definisi ;

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.