ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

satu definisi ;
Wednesday, November 11, 2015 • 2:35 PM
Tidak ku sangka,
Segalanya berubah dalam sekelip mata,
Tahun ini penamat segalanya,
Segala peristiwa bukan lagi dikongsi bersama.

Ku imbas kembali,
Hadirmu,
Hidup menjadi ceria dan gembira,
Hidup terisi dengan peristiwa bermakna,
Hidup terisi dengan segala galanya.

Tetapi,
Apabila keadaan dipaksa untuk berpisah,
Segalanya berubah dalam sekelip mata,
Seluruh dunia gelap gelita.

Tiada lagi kedengaran hilai tawa bersama,
Yang ada hanya ratapan air mata,
Daripada sahabatmu yang tercinta.

Sahabat, Kawan, Teman atau Rakan,
Satu definisi berlainan ejaan,
Merupakan pengaruh terbesar dalam kehidupan,
Bagi seorang remaja yang berada dalam kesunyian.

Buat rakanku,
Jangan sesekali lupakan kawan,
Dikala susah dan senang,
Harunginya atas satu ikatan,
Ikatan yang kukuh dan kuat,
Ikatan Persahabatan yang sukar dileraikan,
Biarpun ditelan zaman berzaman.

ENNAMOON K.

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • dua arif ;
  • upm 3rd sem ; 3rd turning point
  • gap ; 7th long story
  • upm 2nd sem ; revolt
  • upm 2nd sem ; 6th long story
  • gap ; family trip - perlis & kedah
  • gap ; reunion wani & tikah
  • gap ; reunion umie & chark arh
  • upm 1st sem ; the path
  • upm 1st sem ; outing (MAHA & MINES)

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.