ENNAMOON K.
23, ocpd-perfectionist & clumsy chemist
i ii iii

aku ;
Saturday, January 16, 2016 • 5:00 PM
Dalam mengukir senyuman, 
Sinis adalah madahnya.
Dalam lembut tutur katanya,
Ada tikaman tajam merentap jiwa,

Dalam menaruh kepercayaan,
Ada pengkhianatan tidak diramal.
Dalam menyulam persahabatan, 
Ada jua perselisihan faham.

Telah aku cuba melepaskan kenangan silam,
Telah aku cuba menjadi insan yang lebih kuat,
Namun apakan daya igauan lalu menggamit ingatan,
Meniupkan kembali sesuatu perasaan,
Sesuatu yang telah lama tidur dalam diam.

Api kemarahan kembali menggila,
Darah panas mula meresapi kepala,
Di dalam dada tidak tertahannya benci membuak-buak,
Oh, apakah perasaan ini telah bangkit kembali membabi buta?

Aku berdiri sebagai insan yang bergelar aku,
Tidak hipokrit hanya meredah apa yang berlaku,
Walaupun aku tahu jalan itu jalan berliku.
Namun, mengapa mereka masih begitu?
Apakah mereka Tuhan untuk menghakimi sesuatu?

Kembali berpegang kepada yang satu,
Tidak mengapa jikalau engkau masih begitu,
Aku di sini tetap aku,
Janganlah terkejut jikalau aku menjadi aku.

ENNAMOON K.
31 Ogos 2012 - Jumaat (10:21 malam)

Labels: ,


Author
                  

New Stories

  • heartstrings ;
  • never ending ;
  • soul ;
  • promise ;
  • perjuangan ;
  • beku ;
  • degupan ;
  • amarah ;
  • pergi ;
  • lepaskan ;

  • Archive

    » 2016
    » 2015
    » 2014
    » 2013
    » 2012
    » 2011

    Footprints


    Credit

    Design and template originally by Ayuni and re-edited by ENNAMOON K.